Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Unprivate Diary

Ciri-Ciri Kawan Yang Korang Perlu Ada

Assalamualaikum Mr. & Mrs. Bloggers Sekalian .


Sebelum Baca , Click Pic-pic Yang ade Kat Atas Tu Boleh ? ~ThankYou~
 

    Anyeonghaseyoo ~
    Hahahaha .. Bila FlashBack Masa Aku n "The Gang" Lambat Masuk Sekolah Hari Tu , Memang Lawak gila lah .. Bhahahahaha >_< .. Semua dah gelabah semacam .. hahahah tapi memang best mase lah tu ... hahaha *run of topic* .. kk , Aku nak cite sikit pasal ciri-ciri kawan yang baik nie .. aku nie bukan nya kawan yang baik sangat pun .. sesaja nak share .. hahahahaha Baca yerr (!) kalau dapat kawan yang ada ciri-ciri kat bawah nie , memang aman lah hidup korang .
    Ni pendapat aku je . HAHA .

    1- TAK SUKA MENGUMPAT
    Korang kena ada member macam ni . Sebab doranglah yang akan berbuih mulut menasihati korang jangan mengumpat. Tak adalah dosa korang yang sudah berbakul-bakul tu tambah lagi sebakul kan?

    2- SUKA BERJALAN

    Kalau korang ada buat kenduri ke majlis ke apa apa jelah , elok ajak je kawan jenis macam ni , conform dorang datang . Tak pun kalau korang dalam emergency boring nak mati , korang ajak je dorang ni hangout , sure no problem .

    3- PEKA DENGAN ISU SEMASA
    Kena ada . Tambahan pulak kalau korang tak suka tengok berita . Lepas ada member macam ni , tak payah tengok berita . Dengar je mulut dye terkumat kamit bercerita , conform semua korang tahu .

    4- PANDAI IT
    Well , dunia sekarang ni dah maju kan? Korang kalau buta IT , kena ada member yang celik IT . Kalau korang celik IT , kena ada member yang celikkuasadua IT . Senang hidup kalau ada member macam ni tau . Serius aku cakap . HAHA . Tak adalah korang tenggelam dek arus pembangunan .

    5- PANDAI BODEK 
    Ni diperlukan sewaktu saatsaat cemas . Kalau korang nak buat jahat , pergi dengan member yang pandai bodek . Kalau kena tangkap dengan cikgu or sesiapa , suruhlah dye bukak mulut . Korang terlepas punya .

    6- AMBIL BERAT
    Semua kawan kene ada ciri-ciri ni. Teramat lah penting. hahah tahu tak kenape ? Kalau kawan korang nie caring, sesama happy sesama sedih. sesama senang, sesama susah.

    7- PENYABAR
    Penyabar ? bukan senang nak cari tau. Bila korang merajuk , kawan yang penyabar nie jugak lah yang pujuk korang.. n sabar jer nun perangai korang. Tapi , kawan yang penyabar nie bahaya jugak , bila diorang dah terlebeyh sabar dengan perangai korang , dye boleh jadi seorang yang baran n free-free lah korang kene sembur dengan dye.

    8- PANDAI / MATANG
    HAHA . Ni mesti kena ada . Kalau korang ada buat silap dalam study ke apa ke , mintak je member korang ni tolong tutor kan . Err pastikan member korang ni tak kedekut ilmu dan tak mata duitan. Ala tak payah bayar mahal , belanja air botol pun dah cukup nak puaskan hati dye . Lagi afdal bila belanja air tu time hari tengah panas , biar dye bersyukur sikit . Kan untung ? n Lagi satu , member yang macam nie pandai motivasikan orang. So , kalau korang nak buad kerja bodoh , nanti dye motivasikan lah korang .

    9- BODOH
    Bukan Bodoh yang tak tahu apa-apa tu yer . Nie Bodoh yang lain sikit . Nie bodoh-bodoh pandai .. Faham tak ? Dye bodoh time tengah happy-happy n time tengah melawak .. Tapi dye pandai time tengah serius. Kiranye , dye jadi bodoh bila perlu . Sebab , bukan nya orang suka sangat yang terlebeh pandai ni. Setiap masa nak serius , tak ker boring camtu ?

    10- MINAT SAMA
    Kalau korang minat KPOP , pilih member yang minat KPOP . Kalau korang minat JB , pilih member yang minat JB , kalau korang minat DRAMA MELAYU , pilih member yang minat DRAMA MELAYU . Kalau korang minat COUPLE , pilih member yang minat COUPLE . Kalau ada member macam ni baru seronok . Dan tak adalah permusuhan dan perbandingan berlaku , misalnya ; "KPOP LAGI BEST !" , "JB LAGI CUTE LAH !"

    11- PERNAH BER-COUPLE
    Member macam ni okay . Aku bukan cakap member yang TAK couple ni tak bagus. Dorang pun okay . Tapi kalau korang couple nanti , member yang tak pernah couple ni tak akan faham apa yang korang rasa . Misalnya korang ada problem ? Korang kena cari member yang pernah couple , nak luahkan perasaan . Aku tak cakap lah member tak pernah couple ni bukan penasihat yang baik , cuma aku rasa tak sesuai lah . Kiranye , yang pernah Couple nie dah ade pengalaman lah .. so , Senang lah nak bagi motivasi kat korang.

    12- GILA GILA / PANDAI BUAT LAWAK
    Aku tak cakap GILA macam dalam hospital bahagia tu . Member macam ni boleh happykan korang bila korang tak ada mood . Lagipun tak boring kalau ada member macam ni . hahahaha .. Lagi-lagi member yang kuat membebel tu .. Memang happy lah korang tiap-tiap hari.

    13- TAK SELFISH

    Korang suka tak kalau ada kawan yang pentingkan diri ? komfem tk suka kan? bila buad something, semua nk ikot ckp dye sorang.. Macam dye jerr leaderr.. -,- Orang mcm nie tk payah dibuad kawan.. memang susah lah hidup korang.

    14- SIMPAN RAHSIA
    Ohhh ni semua orang tahu nak cari. Kalau korang ada member yang mcm nie , memang selamat lah rahsia korang . Biasanye , member yang simpan rahsia nie , member yang pendiam. So , beware yerr (!)

    15- PANJANG AKAL
    Nak buat jahat tarik orang macam ni sekali . Jangan lupa member yang pandai bodek tadi tu . HAHA . Member yang panjang akal boleh fikirkan idea macam mana nak terlepas dari tertangkap waktu buat jahat . Buat jahat guna otak lah beb , jangan guna kepala lutut . (teruklah aku ni suruh orang buat jahat)

    16- SOLAT
    Member yang bersolat . Kalau korang malas bersolat, lagi okay ada member macam ni . At least ada jugak orang nak membebel kat korang suruh solat . Lagipun solat ni kan prevent diri kita dari buat jahat .

    17- TAK KUAT MERAJUK
    Bagi aku , kawan yang macam nie memang bagus . Kalau korang gurau yang kasar-kasar ker , dye tak amek hati . hahahaha Tapi susah nak cari orang yang macam nie.

    Okay . Itu je kot ? Lain lain korang fikir sendiri . HAHA .
    Kbaii :)