Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Unprivate Diary

Petua Hilangkan Kedutan Di Muka

Assalamualaikum Yo (!)
Muka Siape Yang Dah Berkedut ?
Or Hampir Nak Kedut ? *SudahTuaLettew*
Ouke , Ilah Ade Bagi Beberapa Petua Untuk Hilangkan Kedutan Kat Muka..
Nak Thu Cam Ner ? #Let's Cekidot#

1. Cara Pertama :
Bahan Lobak Merah , 1 Sudu Tepung Jangung , 1 Biji Kuning Telur
Cara-2 Nyee ::
 Parut halus sebiiji lobak merah dan masukkan ke dalam mangkuk
 Campurkan 1 Sudu besar tepung jagung dan 1 biji kuning
 Kacau sehingga sebati
 Sapukan Adunan tersebut ke muka dan leher
 Akhir sekali bersihkan muka dengan air suam dan lap kan degan kain    yang bersih
p/s :: amalkan lahh selalu supaye lebih berkesan yew ^_^

2. Cara Kedua : Mengamalkan Pemakanan Yang Sihat
Ni Lah Cara yangpaling senang nak buat .  Kerapkan Makan sayur-sayuran dan buah-buahan.  Ia mampu membantu memperbaiki struktur kulit.  Kurangkan pengambilan makanan segera, makanan berminyak dan makanan berlemak.

3. Cara Ketiga : Lindungi Kulit Dari Sinaran Matahari
Sinaran ultra ungu yang terdapat pada sinaran cahaya matahari boleh mempercepatkan kedutan pada kulit.  Oleh itu elakkanlah kulit anda dari terdedah kepada sinaran terus matahari untuk jangkawaktu yang panjang.  Gunakanlah krim pelindung matahari setiap kali anda ingin keluar rumah pada waktu siang iaitu krim yang mengandungi SPF 15 atau 20 yang mampu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB.

4. Cara Keempat : Penggunaan Krim Pelembap
 Elakkan kulit anda dari mengalami pengeringan kerana kekeringan kulit adalah penyumbang kepada kehadiran kedutan.  Gunakanlah krim pelembab yang sesuai dengan kulit anda.  Ia dapat membantu kulit anda mendapat cukup lembapan yang mana dapat membantu kulit untuk menjadi lebih elastik dan mengurankan kedutan.

5. Cara Kelima : Dapatkan tidur yang cukup
Tidurlah sekurang-kurangnya enam jam sehari.  Tidur yang cukup akan menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas yang mana dapat mengelakkan kelesuan pada wajah.  Ianya sekaligus dapat membantu mengurangkan risiko kehadiran kedutan.

6. Cara Keenam : Menggunakan pelindung mata
Penjagaan mata adalah amat penting kerana kedutan amat mudah terjadi disekitar mata.  Penggunaan krim mata amat membantu mengatasi masalah ini.  Penggunaan cermin mata yang mempu mengelakkan mata dari sinaran UVA dan UVB juga patut digunakan ketika anda terdedah kepada pancaran matahari dan juga ketika manggunakan komputer dan menonton televisyen.

7. Cara Ketujuh : Mengamalkan pemakanan ikan
Ikan sememangnya kaya dengan protein yang dapat membantu membina struktur kulit.  Omega-3 yang terdapat pada ikan salmon, mackerel dan tuna misalnya mengandungi ALA (Alpha Linolenic Acis) dan EPA (Eicosapemntanoik Acid) dan DHA (Docosahexanoic Acid) yang amat baik untuk tubuh dan kulit.

8. Cara Kelapan : Senaman Secara teratur
Senaman yang teratur mampu menyumbang kepada kesihatan tubuh sekaligus kepada kesihatan kulit.  Lakukanlah senaman ringan setiap hari terutamanya ketika setiap kali bangun tidur selain dari senaman yang dilakukan selama sekurang-kurangnya 20 minit setiap sessi, tiga kali seminggu.

9. Cara Kesembilan : Minum air dalam jumlah yang mencukupi
Minumlah air sebanyak lapan gelas sehari untuk cuaca dan keadaan yang normal.  Minumlah lebih dari lapan gelas sehari ketika cuaca panas dan ketika mangadakan aktiviti yang aktif dan ketika berada di tempat berhawa dingin.  Kandungan air yang cukup dalam tubuh mempu mengekalkan keanjalan kulit dan dapat mengelakkannya dari berkedut.

10. Cara Kesepuluh : Bersihkan sisa solekkan
Jangan sesekali tidur tanpa membersihkan sisa solekan pada wajah anda.  Sisa solekan ini, walaupun cuma bedak, akan menutup pori-pori kulit.  Ia boleh menyebabkan pori-pori tersumbat yang menyumbang kepada kehadiran kedutan.

Penat Menaip Meyhh ...
Banyak Kan Nak Elakkan Kedutt ^_^
Thankyou for Reading
*EnjoyYourself*

No comments: